PAPAN NOTIS

PROGRAM ANJURAN PELAJAR UiTM
10hb - 22hb Januari 2009
Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Palestin
Trainning Of Trainner
Forum Musikal
Speaker Corner

klik disini untuk maklumat lanjut.

------------------------------------
Sesiapa yang hendak turut serta dan memberi sumbangan teaga kerja untuk PERHIMPUNAN AMAn di PUSAT ISLAM UiTM selepas solat jumaat (9hb jan 2009) boleh lah menghubungi zuhilmi(0172810142)
------------------------------------

berapa ramai antara kita boleh tahan dari pergi tesco? tesco-milik-yahudi

Thursday, January 15, 2009

APAKAH PETANDANYA SEMUA INI?

Di kala senak jerit pilu rakyat palestin dimamah musuh, semangat kemanusiaan membuak buak diserata dunia. membelakangkan sedikit masa ke zaman bush menyerang teruk afghanistan. secara sinisnya, apa yang kita dapat hanyalah penat beremosi menjerit, berdiri ditengah panas, berhujan tetapi mereka tetap menyembelih manusia. kita temui jalan buntu.

perlu di ingat para pembaca, PERJUANGAN SEBENAR ADALAH PERLAKSANAAN KATA KATA. bukan untuk retorik. dan ingin saya menambah, perjuangan itu mengekalkan konsistensi semangat dalam diri.jangan kita biarkan ia pudar dimamah waktu sehingga tiba di waktu yang lain.

kaedah pemboikotan walaupun di perlekeh sesetengah pihak, harus kita akui ada kebenaran disitu. boikot bukan solusi tepat secara praktikal walaupun teori mampu memberi penjelasan yang utuh. lagi jalan buntu.

banyak perspektif untuk kita menilai etika kejadian peperangan ini. pernahkah kita bertanya dalam diri, "adakah saya membenci yahudi kerana saya bukan yahudi?".respon pantasnya, pasti akan kita kata "saya membenci yahudi bukan kerana saya non-yahudi" pasti menafikan. kerana kebencian itu hanyalah diturunkan melalui orang orang sebelum kita, dan kita menerimanya secara doktirin ..maaf penulis agak sinis akan hal ini. ini adalah hanya satu perspektif untuk kita memandang diri sendiri agar kempen yang kita sama sama laungkan ini bukan lah ikut ikutan, tetapi jujur dari hati. dengan itu, jalan buntu yang kita temui akan kita pecahkan dengan izinNYA. keberkehendakkan hati yang jujur akan memandu kita ke jalan keluar.

apa yang saya cuba sampaikan, kita harus menentang secara intelek bukan hanya pada landasan emosi rakyat sedunia. harus kita ingat rukun agama yahudi itu menuntut ilmu. itulah kepercayaan musuh kita. maka, senjata apakah harus kitagunakan untuk menentang jika tak sama standardnya dengan senjata musuh harus kita pastikan senjata kita jauh lebih baik dari mereka.

artikel berikut merupakan satu artikel yang boleh kita hayati untuk menjana kesedaran kita. jika kesedaran ini dalam bentuk kolektif (beramai-ramai) maka, jangan lagi kita bimbang akan masa depan kita. hal ini adalah perkara yang sudah lama Nabi kita tekankan ketika pembukaan madinah. tapi kita terlepas pandang. mari kita ambil masa untuk muhasabah diri dan komuniti kita. langkah musuh kita terlalu jauh sudah. tapi jangan risau saudara saudara. perjalan yang jauh ari kita mulakan dengan langkah pertama..

anjakkan paradigma pemikiran untuk menjana tindakkan....


ps- artikel ni ber info. klik sini

--------------------------------------------

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel.
Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin.
Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan
sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian,
siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS)
Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk
http://www.masada20 00.org/Powerful- Jews.html) mengenai soal tersebut.
Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke
mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa
yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab
surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia
yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima
juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap
orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua
sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa
ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis
zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai
'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori
id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi;
begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka
berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin
memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta
ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.
Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang
Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah
Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan
sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif
(rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama.
George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen
dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan
perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah
pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel,
sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan
reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian
optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat
- stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita
rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren
(Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) ,
Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison
(Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill
Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah
seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine
Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas
pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan
Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal
(bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor
Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);
Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);
Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143
Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno
Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha
Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer
(CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post);
Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The
Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York
Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia
menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata
dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah
AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg
ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan
Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony
Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen,
Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben
Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk
semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara
pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone,
Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple),
Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos
Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief
Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu
pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa
Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi
Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah
manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu
bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di
Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu
ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan
setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam
terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua
cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk
setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai
Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik
Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun
universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah
hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf.
Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar
40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik
huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang
sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam.
Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti,
sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap
(per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta.
Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya
50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik
per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju
membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu
pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul
buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi
menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan
sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per
juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC
ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8
trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara
rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak)
bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan
Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran.

(taken from utusan malaysia online 10.03pm 14/1/2009

Wednesday, January 14, 2009

Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis

---- Mesej Dikirim Lanjut ----
dari peti indox email editor blog



Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.


Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?


Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!


3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!


4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?


Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.


6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?


HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.


7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?


Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.



8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini?


Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

------------------------------------------------------------
credits goes to zackvic85

adakah sudah dajal bagi pilihan; air susu atau pedang?

masih kental kah kita untuk memboikot. mungkin dajjal bermata satu itu bermaksud satu kaum yang ber matlamatkan satu sahaja - kaum yahudi zionis.

bertapa kita lihat dunia kita sekarang ini seolah menekan kebebasan 'kebenaran' itu sendiri. tempat tempat kebergantungan keperluan hidup ini semuanya adalah dibekalkan oleh musuh yang bersembunyi dan sekarang ini semakin berani menyatakan diri, kerana mereka tidak gentar lagi dengan kita.

dimanakan kita sekarang ini? kemanakah kita lagi? aku percaya, di balik korupsi metarial dunia ini, pasti sudah Dia sediakan 'mutiara' penyambung ikatan kita dengan 'ketua ummah' terdahulu ada dikalangan kita sekarang. publisiti itu bukan pakaiannya. maka, 'mata' apa hendak kita gunakan untuk mencari 'mutiara' itu? sebelum mencari 'mutiara itu, mari kita mencari 'mata' kita sendiri...

..'mutiara' itu akan menghampiri lebih pantas dari yang mencari sekiranya kita berkehendakkan. DIA tidak zalim.

Friday, January 9, 2009

Kempen Selamatkan Palestin

Program perhimpunan aman Selamatkan Palestin telah berjaya dilaksanakan bertempat di Pusat Islam UiTM Shah Alam selepas selesai solat jumaat sebentar tadi. Program tersebut telah dimulakan dengan sembahyang jumaat dan khutbah yang mengecam keganasan Israel terhadap penduduk Palestin. Solat jumaat tadi juga telah dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Khutbah hari ini telah mengingatkan masyarakat Islam tentang bagaimana untuk membantu masyarakat Palestin yang sedang ditindas oleh Israel Laknatullah. Antaranya ialah dengan memberikan bantuan kewangan untuk disalurkan kepada Palestin melalui badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti Tabung Aman Palestin. Wang tersebut akan disalurkan terus kepada penduduk Palestin terutamanya untuk membantu dari segi perubatan dan juga makanan kepada penduduk Palestin yang cedera dan kelaparan akibat kekejaman Israel.

Khatib juga mengingatkan umat Islam agar bersatu padu. Hanya dengan masyarakat yang bersatu-padu dan tidak berbelah bahagi dapat menjadikan masyarakat Islam sebagai masyarakat yang kuat. Perpecahan yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada hari ini telah membawa padah kepada diri, agama, bangsa dan negara.

Selain itu, masyarakat Islam juga harus berhenti berurusan menggunakan wang dollar. Ini kerana, dengan menggunakan dollar sebagai matawang kita telah menguntungkan kerajaan Amerika iaitu sebuah kerajaan yang secara terang-terangan menyokong serangan Israel terhadap Palestin. Sepatutnya negara-negara Islam yang menguasai perusahaan minyak berhenti menggunakan dollar dan mengantikannya dengan matawang negara-negara Islam seperti riyadh dan sebagainya.

Umat Islam terutamanya yang berada di Malaysia harus berhenti membeli dan mengunakan produk dan perkhidmatan negara-negara yang menyokong Israel. Seperti yang kita lihat, kebanyakan negara mengamalkan sikap berdiam diri dalam isu Palestin ini. Ini kerana kebanyakan penduduk di Palestin adalah masyarakat Islam. Oleh itu, masyarakat barat tidak mengambil kisah tentang kekejaman yang dikenakan ke atas umat Islam. Umat Islam seharusnya berhenti dari membeli produk-produk yang memberi manfaat kepada negara barat khususnya Israel dan Amerika. Antara produk yang terpenting ialah petrol. Kebanyakan syarikat petrol dimiliki oleh syarikat syarikat yang membantu Israel. Masyarakat Islam di negara ini harus berhenti dari membeli minyak keluaran syarikat tersebut.

Setelah selesai khutbah dan solat jumaat. Program seterusnya dimulakan dengan penyerahan memorandom dari UiTM bagi pihak siswa-siswi uitm yang bertujuan membantah kekejaman Israel terhadap Palestin kepada Perdana Menteri Malaysia. Program seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian kempen aman Palestin di UiTM oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kemudian program tersebut diteruskan pula dengan perhimpunan aman pelajar UiTM bagi membantah kekejaman Israel terhadap Palestin. Ramai pelajar telah menghadirkan diri pada perhimpunan ini walaupun ianya diadakan di tengah panas terik. Semuanya berdiri di situ untuk menyatakan pendirian mereka menentang kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin. Dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam, mereka telah berdiri teguh beramai-ramai dan berpeluk siku antara satu sama lin untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap kekejaman Israel terhadap palestin.

Kebanyakan pelajar menghadirkan diri dengan membawa sepanduk tertentu seperti yang boleh dilihat di dalam gambar-gambar di bawah.

kata kata pembakar semangat yang tidak lekang dek panas dari pelajar pelajar uitm


sepanduk sepanduk yang di buat sendiri menunjukkan semangat sokongan pelajar pelajar uitm


kehadiran ahli ahli tertinggi didalam uitm dan kata kata ucapan mereka yang turut menambah semangat


berdoa secara berjemaah


"HIDUP PALESTIN! HANCUR ISRAEL!"
--------------------------------------------

memorandum
(klik untuk baca dengan imejan besar)

risalah

KEMPEN SELAMATKAN PALESTIN

PERINGKAT UiTM

KATA-KATA TOKOH ISLAM

Syeikh Al-Azhar & Mufti Mesir menyatakan FARDHU 'AIN hukumnya membantu rakyat Palestina!. Dalam an-Nasij al-Islami, Lembaga Islam Al-Azhar & Mufti Mesir; Untuk "mengerahkan kemampuan" membantu Gaza, fardhu 'ain hukumnya bagi seluruh umat Islam!

Mufti Mesir, Dr. Ali Jum'ah Syeikh Tantawi mengeluarkan seruan membantu warga Palestina di Jalur Gaza."Ini adalah fardhu 'ain bagi setiap umat Islam, baik pemimpin maupun rakyat biasa. Tidak hanya berdiam diri di hadapan bala & musibah besar ini."

Pemimpin Umum Majma' Al-Buhust Al-Islami Mesir, Syekh Ali Abdul Baqi hamper tidak percaya terhadap keadaan buruk yang menimpa Gaza dgn mengatakan, "Di mana Arab? Di mana mata hati dunia di hadapan pembantaian seperti ini?!"

Di Libanon, Suriah, Mufti wilayah Sidon (Shayda), Syeikh Salim Susan as- Shaydawi, menyerukan masyakarat negara itu untuk menginfakkan sebagian harta mereka sebagai bantuan yang akan diberikan kepada rakyat Gaza.

Membantu rakyat Palestina tidak sekadar sumbangan wang. Selain jihad harta dan doa, kita juga masih boleh melakukan hal terbaik mendukung Palestina. Syeikh Dr. Yusuf Qaradhawi pernah mengeluarkan fatwa yg berkaitan dgn produk Israel & Amerika. Menurut Qaradhawi, salah satu bentuk dukungan bagi perjuangan rakyat Palestina adalah dengan memboikot total produk Israel & AS. Satu riyal(mata wang Arab) yang kita keluarkan utk membeli produk Israel & AS, sama dengan satu peluru yang akan merobek tubuh saudara kita di Palestin. Qaradhawi menyatakan keterkejutannya terhadap sebahagian umat Islam yg merasa tidak dapat hidup tanpa produk Amerika.

"Saya terkejut ketika ada sebagian umat Islam mengatakan tidak mungkin hidup tanpa Pepsi, Coca Cola, Pizza Hut atau peralatan modern produk Amerika," kata Qardhawi sebelum ini.

Hulurkan bantuan anda:

*Tenaga: Sukarelawan Kempen Selamatkan Palestin

*Wang ringgit

Sila hubungi Sdr. Malek: 014-8003068

PALESTIN NEED OUR HELP!!!

************************************************************************

KEMPEN SELAMATKAN PALESTIN

PERINGKAT UiTM

RISALAH KHAS

ISU PALESTIN

KUMPULKAN KEKUATAN UMAT ISLAM UNTUK

BERSAMA-SAMA PALESTIN!!

Saudara-saudara seIslamku, rakyat Palestin sedang dalam bahaya dan ditindas. Apakah kita hanya duduk diam dengan keadaan selesa sambil menonton TV sekarang ini? Lihat beberapa fakta terbaru di Palestin sekarang ini.

i. Situasi di Gaza - serangan yang dilancarkan oleh Israel kini telah membunuh lebih 700 termasuk 215 kanakkanak dan 89 wanita ditambah dengan 2950 orang yang cedera. Bilangan rakyat Palestin akan terus meningkat kerana masih ramai mangsa yang tertimbus dalam runtuhan bangunan. Serangan juga akan diteruskan oleh Israel tanpa ada tanda-tanda ia akan dihentikan.

ii. Dakwaan Israel bahawa serangan terbaru ini adalah merupakan langkah keselamatan untuk mempertahankan diri adalah satu pembohongan. Israel telah merancang serangan ini sejak 6 bulan lalu sebaik sahaja tempoh gencatan senjata berakhir 19 Disember yang lalu. Serangan roket oleh pejuang Palestin hanya dijadikan sebagai alasan untuk mewajarkan tindakan Israel. Apa yang berlaku ialah serangan roket pejuang Palestin adalah serangan balas ke atas beberapa provokasi tentera Israel termasuklah tindakan menceroboh kedalam wilayah Gaza ketika tempoh gencatan senjata sedang berkuat kuasa.

iii. Serangan ini dilakukan pada akhir musim persekolahan. Ini jelas menunjukkan bahawa regim zionis mempunyai motif malafide untuk memaksimumkan jumlah kematian orang awam terutama wanita dan kanak-kanak yang berada ditempat kediaman masing-masing. Serangan yang ditujukan kepada balai polis, hospital dan masjid yang semestinya berada didalam pusat Bandar jelas bertujuan untuk meningkatkan kematian dan kecederaan dikalangan orang awam.

Thursday, January 8, 2009

aktivis lain

klik gambar untuk maklumat lanjut

keratan akhbar








klik untuk imejan yang besar dan jelas

Wednesday, January 7, 2009

PALESTIN

Palestin

Di saat masyarakat dunia sedang bergembira meraikan sambutan maal hijrah dan tahun baru. Penduduk Palestin semakin derita dengan serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel. Lebih menyedihkan serangan ini mendapat restu dari ramai pemimpin-pemimpin islam terutamanya dari negara-negara arab.

Mesir dengan bangganya telah membenarkan tentere Israel mengunakan kawasannya untuk menyerang Palestin. Lebih dari itu, Mesir turut menyekat bantuan kemanusiaan yang berbentuk makanan dan ubat-ubatan daripada Qatar dari memasuki Palestin. Negara seperti Arab Saudi pula dengan langtangnya telah memarahi penduduknya yang melakukan demonstrasi bantahan serangan Israel terhadap Palestin.

Kenapa perkara seperti ini terjadi? Semuanya kerana kebangkitan penduduk Palestin menerusi Hamas. Sebuah parti politik yang berjaya menewaskan Fatah pada pilihanraya Palestin di tahun 2006. Hamas sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Palestin telah mendapat tekanan yang hebat dari Israel, Amerika dan rakan-rakan negara arab yang lain. Mereka mahu Palestin dipimpin oleh Fatah yang sentiasa mengikut segala telunjuk dan permintaan Israel ibarat kerajaan boneka yahudi di Palestin.

Di saat ini, sudah lebih 300 penduduk Palestin yang terkorban dengan serangan membabi-buta pihal Israel. Kaum-kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi korban yang utama. Hospital dan semua pusat perubatan telah dipenuhi oleh mereka yang tercedera. Kekurangan ubat-ubatan dan pengamal perubatan menjadi masalah yang sangat serius di sana pada ketika ini.

Setakat ini hanya pertubuhan-pertubuhan tertentu dari Iran dan Indonesia sahaja yang berjanji untuk menghantar pasukan untuk membantu mempertahankan Palestin dari serangan Israel ini. Marilah kita beramai-ramai mendoakan kejayaan untuk umat Islam di sana. Walaupun kita tidak mampu untuk membantu mereka di medan peperangan. Mudah-mudahan berkat doa dari seluruh umat Islam mereka akan terselamat dari kekejaman pihak Israel.

................................

Di kala umat Islam di seluruh dunia marah dengan kebiadaban Israel menyerang Palestin secara besar-besaran. Namun, tanpa disedari kebanyakan umat Islam turut menyokong Israel secara tidak langsung. Seperti yang umum ketahui, kebanyakan syarikat gergasi di dunia adalah syarikat yang berasal dan dimiliki oleh yahudi dan kebanyakan dari syarikat-syarikat ini memberi bantuan yang besar kepada negara Israel terutamanya dalam kempen-kempen perangnya ke atas Palestin dan Lubnan sebelum ini.

Dengan terus membeli barang-barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini kita sebenarnya telah memberi bantuan dan menyokong tindakan Israel terhadap umat Islam di Palestin. Walaupun kita tidak dapat membantu umat Islam di Palestin yang sedang hidup dalam ketakutan akibat serangan besar-besaran oleh Israel marilah sekurang-kurangnya hentikan sokongan kita terhadap syarikat-syarikat yahudi yang menjadi pendokong kepada serangan ini.

Dengan memboikot syarikat-syarikat yang terbabit dengan kekejaman Israel akan menyebabkan syarikat-syarikat terbabit mendesak kerajaan Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin. Jika hanya seorang 2 yang memboikot, sudah tentulah tiada apa-apa kesan yang akan terjadi. Tetapi jika semua umat islam memboikot barangan dari syarikat-syarikat tersebut sudah tentu akan mendatangkan kesan yang besar.

Pada tahun 2002, negara-negara di Asia Barat pernah memboikot Mc D yang menjadi pendokong utama Israel sehingga menyebabkan syarikat berkenaan kerugian kira-kira 350 juta usd dan lebih dari itu lebih kurang 700 cawangannya terpaksa ditutup. Dengan memboikot syarikat-syarikat terbabit tidak bermakna kita perlu membuang semua barangan yang pernah dibeli dari syarikat-syarikat tersebut. Kita hanya perlu berhenti membeli barangan dari syarikat yang terbabit.

Di sini, disertakan senarai syarikat-syarikat yahudi yang memberikan bantuan dari segi kewangan kepada negara Israel untuk aktiviti ketenteraan ke atas umat Islam. Untuk mendapatkan penjelasan tentang pemboikotan syarikat-syarikat tersebut, sila klik pada logonya.






































































































































































































































Rujukan dari Boycott Israel.
sumbangan artikel dari



klik imej untuk imej besar