Palestin
Di kala umat Islam di seluruh dunia marah dengan kebiadaban Israel menyerang Palestin secara besar-besaran. Namun, tanpa disedari kebanyakan umat Islam turut menyokong Israel secara tidak langsung. Seperti yang umum ketahui, kebanyakan syarikat gergasi di dunia adalah syarikat yang berasal dan dimiliki oleh yahudi dan kebanyakan dari syarikat-syarikat ini memberi bantuan yang besar kepada negara Israel terutamanya dalam kempen-kempen perangnya ke atas Palestin dan Lubnan sebelum ini.
Dengan terus membeli barang-barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini kita sebenarnya telah memberi bantuan dan menyokong tindakan Israel terhadap umat Islam di Palestin. Walaupun kita tidak dapat membantu umat Islam di Palestin yang sedang hidup dalam ketakutan akibat serangan besar-besaran oleh Israel marilah sekurang-kurangnya hentikan sokongan kita terhadap syarikat-syarikat yahudi yang menjadi pendokong kepada serangan ini.
Dengan memboikot syarikat-syarikat yang terbabit dengan kekejaman Israel akan menyebabkan syarikat-syarikat terbabit mendesak kerajaan Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin. Jika hanya seorang 2 yang memboikot, sudah tentulah tiada apa-apa kesan yang akan terjadi. Tetapi jika semua umat islam memboikot barangan dari syarikat-syarikat tersebut sudah tentu akan mendatangkan kesan yang besar.
Pada tahun 2002, negara-negara di Asia Barat pernah memboikot Mc D yang menjadi pendokong utama Israel sehingga menyebabkan syarikat berkenaan kerugian kira-kira 350 juta usd dan lebih dari itu lebih kurang 700 cawangannya terpaksa ditutup. Dengan memboikot syarikat-syarikat terbabit tidak bermakna kita perlu membuang semua barangan yang pernah dibeli dari syarikat-syarikat tersebut. Kita hanya perlu berhenti membeli barangan dari syarikat yang terbabit.
Di sini, disertakan senarai syarikat-syarikat yahudi yang memberikan bantuan dari segi kewangan kepada negara Israel untuk aktiviti ketenteraan ke atas umat Islam. Untuk mendapatkan penjelasan tentang pemboikotan syarikat-syarikat tersebut, sila klik pada logonya.
Rujukan dari Boycott Israel.
sumbangan artikel dari
No comments:
Post a Comment