PAPAN NOTIS

PROGRAM ANJURAN PELAJAR UiTM
10hb - 22hb Januari 2009
Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Palestin
Trainning Of Trainner
Forum Musikal
Speaker Corner

klik disini untuk maklumat lanjut.

------------------------------------
Sesiapa yang hendak turut serta dan memberi sumbangan teaga kerja untuk PERHIMPUNAN AMAn di PUSAT ISLAM UiTM selepas solat jumaat (9hb jan 2009) boleh lah menghubungi zuhilmi(0172810142)
------------------------------------

berapa ramai antara kita boleh tahan dari pergi tesco? tesco-milik-yahudi

Thursday, January 15, 2009

APAKAH PETANDANYA SEMUA INI?

Di kala senak jerit pilu rakyat palestin dimamah musuh, semangat kemanusiaan membuak buak diserata dunia. membelakangkan sedikit masa ke zaman bush menyerang teruk afghanistan. secara sinisnya, apa yang kita dapat hanyalah penat beremosi menjerit, berdiri ditengah panas, berhujan tetapi mereka tetap menyembelih manusia. kita temui jalan buntu.

perlu di ingat para pembaca, PERJUANGAN SEBENAR ADALAH PERLAKSANAAN KATA KATA. bukan untuk retorik. dan ingin saya menambah, perjuangan itu mengekalkan konsistensi semangat dalam diri.jangan kita biarkan ia pudar dimamah waktu sehingga tiba di waktu yang lain.

kaedah pemboikotan walaupun di perlekeh sesetengah pihak, harus kita akui ada kebenaran disitu. boikot bukan solusi tepat secara praktikal walaupun teori mampu memberi penjelasan yang utuh. lagi jalan buntu.

banyak perspektif untuk kita menilai etika kejadian peperangan ini. pernahkah kita bertanya dalam diri, "adakah saya membenci yahudi kerana saya bukan yahudi?".respon pantasnya, pasti akan kita kata "saya membenci yahudi bukan kerana saya non-yahudi" pasti menafikan. kerana kebencian itu hanyalah diturunkan melalui orang orang sebelum kita, dan kita menerimanya secara doktirin ..maaf penulis agak sinis akan hal ini. ini adalah hanya satu perspektif untuk kita memandang diri sendiri agar kempen yang kita sama sama laungkan ini bukan lah ikut ikutan, tetapi jujur dari hati. dengan itu, jalan buntu yang kita temui akan kita pecahkan dengan izinNYA. keberkehendakkan hati yang jujur akan memandu kita ke jalan keluar.

apa yang saya cuba sampaikan, kita harus menentang secara intelek bukan hanya pada landasan emosi rakyat sedunia. harus kita ingat rukun agama yahudi itu menuntut ilmu. itulah kepercayaan musuh kita. maka, senjata apakah harus kitagunakan untuk menentang jika tak sama standardnya dengan senjata musuh harus kita pastikan senjata kita jauh lebih baik dari mereka.

artikel berikut merupakan satu artikel yang boleh kita hayati untuk menjana kesedaran kita. jika kesedaran ini dalam bentuk kolektif (beramai-ramai) maka, jangan lagi kita bimbang akan masa depan kita. hal ini adalah perkara yang sudah lama Nabi kita tekankan ketika pembukaan madinah. tapi kita terlepas pandang. mari kita ambil masa untuk muhasabah diri dan komuniti kita. langkah musuh kita terlalu jauh sudah. tapi jangan risau saudara saudara. perjalan yang jauh ari kita mulakan dengan langkah pertama..

anjakkan paradigma pemikiran untuk menjana tindakkan....


ps- artikel ni ber info. klik sini

--------------------------------------------

Siapa Yahudi? Siapa Orang Islam?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel.
Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin.
Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan
sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian,
siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.

Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.

Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga
Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS)
Pakistan, Dr. Farrukh Saleem (rujuk
http://www.masada20 00.org/Powerful- Jews.html) mengenai soal tersebut.
Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke
mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa
yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab
surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia
yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).

Begini tulisan beliau:

Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima
juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap
orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100). Namun, jika dicampur semua
sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Mengapa
ini berlaku?

Siapa mereka ini?

Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis
zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai
'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori
id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi;
begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka
berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin
memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta
ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.
Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang
Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah
Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan
sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif
(rawatan mental, kesugulan dan fobia).

Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama.
George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen
dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan
perkembangannya) . Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah
pinggang.

Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel,
sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan
reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian
optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat
- stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile
Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita
rakaman).

Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren
(Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) ,
Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison
(Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill
Rossenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah
seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine
Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas
pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan
Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal
(bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor
Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);
Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);
Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan
Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143
Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno
Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha
Perbendaharaan AS).

Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer
(CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post);
Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The
Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York
Times) dan Max Frankel (The New York Times).

Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia
menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata
dunia.

Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah
AS$2 bilion.

Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg
ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan
Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony
Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen,
Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben
Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk
semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara
pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone,
Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple),
Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos
Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief
Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.

Mempengaruhi

Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu
pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa
Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi
Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah
manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?

Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Mengapa umat Islam terlalu lemah?

Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu
bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di
Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu
ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan
setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam
terlalu lemah?

Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua
cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk
setiap tiga juta orang Islam.

AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai
Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik
Universiti-universi ti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun
universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.

Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah
hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf.
Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar
40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik
huruf.

Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang
sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam.
Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti,
sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.

Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap
(per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta.
Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya
50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik
per sejuta).

Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk
penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju
membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.

Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu
pengetahuan.

Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul
buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi
menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.

Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan
sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per
juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.

Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC
ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8
trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.

Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara
rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak)
bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan
perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan
Thailand AS$545 bilion.

Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?

Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya
pelajaran.

(taken from utusan malaysia online 10.03pm 14/1/2009

1 comment:

  1. Jawapanya umat islam tidak faham Al-quran dan Sunnah. Pegangan agama kita lemah. Kita sayangkan dunia takutkan akhirat. Kita tidak membina dunia mengikut acuan islam, kita bina dunia ikut acuan yahudi senang dia nak kuasai kita.

    ReplyDelete