Khutbah hari ini telah mengingatkan masyarakat Islam tentang bagaimana untuk membantu masyarakat Palestin yang sedang ditindas oleh Israel Laknatullah. Antaranya ialah dengan memberikan bantuan kewangan untuk disalurkan kepada Palestin melalui badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia seperti Tabung Aman Palestin. Wang tersebut akan disalurkan terus kepada penduduk Palestin terutamanya untuk membantu dari segi perubatan dan juga makanan kepada penduduk Palestin yang cedera dan kelaparan akibat kekejaman Israel.
Khatib juga mengingatkan umat Islam agar bersatu padu. Hanya dengan masyarakat yang bersatu-padu dan tidak berbelah bahagi dapat menjadikan masyarakat Islam sebagai masyarakat yang kuat. Perpecahan yang diamalkan oleh masyarakat Islam pada hari ini telah membawa padah kepada diri, agama, bangsa dan negara.
Selain itu, masyarakat Islam juga harus berhenti berurusan menggunakan wang dollar. Ini kerana, dengan menggunakan dollar sebagai matawang kita telah menguntungkan kerajaan Amerika iaitu sebuah kerajaan yang secara terang-terangan menyokong serangan Israel terhadap Palestin. Sepatutnya negara-negara Islam yang menguasai perusahaan minyak berhenti menggunakan dollar dan mengantikannya dengan matawang negara-negara Islam seperti riyadh dan sebagainya.
Umat Islam terutamanya yang berada di Malaysia harus berhenti membeli dan mengunakan produk dan perkhidmatan negara-negara yang menyokong Israel. Seperti yang kita lihat, kebanyakan negara mengamalkan sikap berdiam diri dalam isu Palestin ini. Ini kerana kebanyakan penduduk di Palestin adalah masyarakat Islam. Oleh itu, masyarakat barat tidak mengambil kisah tentang kekejaman yang dikenakan ke atas umat Islam. Umat Islam seharusnya berhenti dari membeli produk-produk yang memberi manfaat kepada negara barat khususnya Israel dan Amerika. Antara produk yang terpenting ialah petrol. Kebanyakan syarikat petrol dimiliki oleh syarikat syarikat yang membantu Israel. Masyarakat Islam di negara ini harus berhenti dari membeli minyak keluaran syarikat tersebut.
Setelah selesai khutbah dan solat jumaat. Program seterusnya dimulakan dengan penyerahan memorandom dari UiTM bagi pihak siswa-siswi uitm yang bertujuan membantah kekejaman Israel terhadap Palestin kepada Perdana Menteri Malaysia. Program seterusnya diteruskan dengan ucapan perasmian kempen aman Palestin di UiTM oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Kemudian program tersebut diteruskan pula dengan perhimpunan aman pelajar UiTM bagi membantah kekejaman Israel terhadap Palestin. Ramai pelajar telah menghadirkan diri pada perhimpunan ini walaupun ianya diadakan di tengah panas terik. Semuanya berdiri di situ untuk menyatakan pendirian mereka menentang kekejaman Israel terhadap masyarakat Palestin. Dengan semangat kemanusiaan dan persaudaraan sesama Islam, mereka telah berdiri teguh beramai-ramai dan berpeluk siku antara satu sama lin untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap kekejaman Israel terhadap palestin.
Kebanyakan pelajar menghadirkan diri dengan membawa sepanduk tertentu seperti yang boleh dilihat di dalam gambar-gambar di bawah.




sepanduk sepanduk yang di buat sendiri menunjukkan semangat sokongan pelajar pelajar uitm


kehadiran ahli ahli tertinggi didalam uitm dan kata kata ucapan mereka yang turut menambah semangat


berdoa secara berjemaah

"HIDUP PALESTIN! HANCUR ISRAEL!"
--------------------------------------------
memorandum
(klik untuk baca dengan imejan besar)




No comments:
Post a Comment