PAPAN NOTIS

PROGRAM ANJURAN PELAJAR UiTM
10hb - 22hb Januari 2009
Majlis Pelancaran Kempen Selamatkan Palestin
Trainning Of Trainner
Forum Musikal
Speaker Corner

klik disini untuk maklumat lanjut.

------------------------------------
Sesiapa yang hendak turut serta dan memberi sumbangan teaga kerja untuk PERHIMPUNAN AMAn di PUSAT ISLAM UiTM selepas solat jumaat (9hb jan 2009) boleh lah menghubungi zuhilmi(0172810142)
------------------------------------

berapa ramai antara kita boleh tahan dari pergi tesco? tesco-milik-yahudi

Wednesday, January 7, 2009

PALESTIN

Palestin

Di saat masyarakat dunia sedang bergembira meraikan sambutan maal hijrah dan tahun baru. Penduduk Palestin semakin derita dengan serangan dan kekejaman yang dilakukan oleh tentera Israel. Lebih menyedihkan serangan ini mendapat restu dari ramai pemimpin-pemimpin islam terutamanya dari negara-negara arab.

Mesir dengan bangganya telah membenarkan tentere Israel mengunakan kawasannya untuk menyerang Palestin. Lebih dari itu, Mesir turut menyekat bantuan kemanusiaan yang berbentuk makanan dan ubat-ubatan daripada Qatar dari memasuki Palestin. Negara seperti Arab Saudi pula dengan langtangnya telah memarahi penduduknya yang melakukan demonstrasi bantahan serangan Israel terhadap Palestin.

Kenapa perkara seperti ini terjadi? Semuanya kerana kebangkitan penduduk Palestin menerusi Hamas. Sebuah parti politik yang berjaya menewaskan Fatah pada pilihanraya Palestin di tahun 2006. Hamas sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak dan kedaulatan Palestin telah mendapat tekanan yang hebat dari Israel, Amerika dan rakan-rakan negara arab yang lain. Mereka mahu Palestin dipimpin oleh Fatah yang sentiasa mengikut segala telunjuk dan permintaan Israel ibarat kerajaan boneka yahudi di Palestin.

Di saat ini, sudah lebih 300 penduduk Palestin yang terkorban dengan serangan membabi-buta pihal Israel. Kaum-kaum wanita dan kanak-kanak yang tidak bersalah menjadi korban yang utama. Hospital dan semua pusat perubatan telah dipenuhi oleh mereka yang tercedera. Kekurangan ubat-ubatan dan pengamal perubatan menjadi masalah yang sangat serius di sana pada ketika ini.

Setakat ini hanya pertubuhan-pertubuhan tertentu dari Iran dan Indonesia sahaja yang berjanji untuk menghantar pasukan untuk membantu mempertahankan Palestin dari serangan Israel ini. Marilah kita beramai-ramai mendoakan kejayaan untuk umat Islam di sana. Walaupun kita tidak mampu untuk membantu mereka di medan peperangan. Mudah-mudahan berkat doa dari seluruh umat Islam mereka akan terselamat dari kekejaman pihak Israel.

................................

Di kala umat Islam di seluruh dunia marah dengan kebiadaban Israel menyerang Palestin secara besar-besaran. Namun, tanpa disedari kebanyakan umat Islam turut menyokong Israel secara tidak langsung. Seperti yang umum ketahui, kebanyakan syarikat gergasi di dunia adalah syarikat yang berasal dan dimiliki oleh yahudi dan kebanyakan dari syarikat-syarikat ini memberi bantuan yang besar kepada negara Israel terutamanya dalam kempen-kempen perangnya ke atas Palestin dan Lubnan sebelum ini.

Dengan terus membeli barang-barangan yang dikeluarkan oleh syarikat-syarikat ini kita sebenarnya telah memberi bantuan dan menyokong tindakan Israel terhadap umat Islam di Palestin. Walaupun kita tidak dapat membantu umat Islam di Palestin yang sedang hidup dalam ketakutan akibat serangan besar-besaran oleh Israel marilah sekurang-kurangnya hentikan sokongan kita terhadap syarikat-syarikat yahudi yang menjadi pendokong kepada serangan ini.

Dengan memboikot syarikat-syarikat yang terbabit dengan kekejaman Israel akan menyebabkan syarikat-syarikat terbabit mendesak kerajaan Israel untuk menghentikan serangan ke atas Palestin. Jika hanya seorang 2 yang memboikot, sudah tentulah tiada apa-apa kesan yang akan terjadi. Tetapi jika semua umat islam memboikot barangan dari syarikat-syarikat tersebut sudah tentu akan mendatangkan kesan yang besar.

Pada tahun 2002, negara-negara di Asia Barat pernah memboikot Mc D yang menjadi pendokong utama Israel sehingga menyebabkan syarikat berkenaan kerugian kira-kira 350 juta usd dan lebih dari itu lebih kurang 700 cawangannya terpaksa ditutup. Dengan memboikot syarikat-syarikat terbabit tidak bermakna kita perlu membuang semua barangan yang pernah dibeli dari syarikat-syarikat tersebut. Kita hanya perlu berhenti membeli barangan dari syarikat yang terbabit.

Di sini, disertakan senarai syarikat-syarikat yahudi yang memberikan bantuan dari segi kewangan kepada negara Israel untuk aktiviti ketenteraan ke atas umat Islam. Untuk mendapatkan penjelasan tentang pemboikotan syarikat-syarikat tersebut, sila klik pada logonya.






































































































































































































































Rujukan dari Boycott Israel.
sumbangan artikel dari



klik imej untuk imej besar

No comments:

Post a Comment